TENTANG KAMI

PERTUBUHAN MALAYSIA MEMBANTERAS PORNOGRAFI atau lebih dikenali sebagai MALAYSIANS AGAINST PORNOGRAPHY (MAP) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (PPM-012-14-22012019) sejak Januari 2019, namun telah bergerak secara kecil-kecilan bermula tahun 2016. Fokus utama penubuhan MAP adalah untuk meningkatkan kesedaran serta advokasi berkenaan bahaya pornografi, keperluan kepada pendidikan seksual dan reproduksi sesuai dengan usia serta sebarang isu sosial yang berkaitan.
VISI

Masyarakat Malaysia Bebas Ancaman Pornografi

MISI

KESEDARAN BAHAYA PORNOGRAFI

Mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat tentang bahaya pornografi melalui pendekatan yang rahmah

MEMBINA JARINGAN INSTITUSI

Membina jaringan yang padu dengan institusi berkaitan.

SALURAN KHIDMAT PROFESIONAL

Memudahcara saluran khidmat profesional kepada individu yang terkesan untuk mendapatkan akses intervensi.

MENJADI PAKAR RUJUK

Menjadi pakar rujuk profesional bagi isu pornografi, pendidikan seksual dan reproduktif.

ADVOKASI GUBAL POLISI

Menjadi kumpulan advokasi kepada penggubalan polisi dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pornografi.

USAHA KAMI
ADVOKASI MELALUI MEDIA ,RERUAI PAMERAN SERTA SESI LIBATURUS BERSAMA PIHAK BERWAJIB DAN PIHAK BERKEPENTINGAN

Selain daripada modul-modul yang telah direka untuk kumpulan sasar khusus, MAP juga turut mengambil langkah proaktif untuk menyampaikan mesej bahaya pornografi dan pendidikan seksual melalui media perdana, media sosial dan pembukaan reruai informasi serata Malaysia.

MAP juga turut membawa isu pornografi ini kepada pelbagai pihak berwajib dan pihak berkepentingan terutamanya para penggubal polisi dan penghasil sumber kandungan internet agar arena pornografi ini dapat dihapuskan atau setidaknya, dikurangkan sedikit demi sedikit daripada capaian rakyat Malaysia.

Sebuah institusi yang bertujuan memperjuangkan ancaman pornografi dalam kalangan masyarakat Malaysia secara kolektif. Fokus utama MAP adalah pencegahan, intervensi dan advokasi yang berkaitan dengan pornografi.

Hubungi Kami

malaysiansagainstpornography@gmail.com