MAP menyediakan modul pendidikan dan kesedaran yang bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat tentang bahaya pornografi serta kepentingan pendidikan seksual dan reproduktif yang sesuai mengikut usia.
Program ini disampaikan melalui tiga modul utama:
Modul Prasekolah disediakan khusus untuk guru dan pengendali pendidikan prasekolah bagi membantu mereka memperkenalkan pendidikan awal berkaitan emosi, tubuh badan dan keselamatan diri kepada kanak-kanak dengan pendekatan yang sesuai mengikut usia.
Tiga topik utama:
Modul ini membantu pendidik membimbing kanak-kanak prasekolah memahami emosi, mengenali tubuh badan serta membezakan sentuhan yang selamat dan tidak selamat melalui pendekatan pendidikan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka.
Direka untuk kanak-kanak dan remaja berusia 7–17 tahun, Modul Asas memberikan pendidikan awal berkaitan perlindungan diri, bahaya pornografi, perkembangan akil baligh serta keselamatan dalam dunia digital.
Empat topik utama:
Modul ini boleh dilaksanakan melalui sesi bersemuka atau dalam talian kepada kanak-kanak dan remaja berusia 7–17 tahun. Kandungan disampaikan melalui pendekatan yang bersesuaian dengan peringkat usia bagi membantu mereka memahami perlindungan diri, perubahan perkembangan serta cabaran keselamatan dalam dunia digital.
Membantu ibu bapa membimbing perkembangan anak dengan ilmu, komunikasi dan pendekatan yang sesuai mengikut usia.
Modul IMPRESS direka khusus untuk ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak berusia 4 hingga 15 tahun. Modul ini memberi panduan kepada ibu bapa dalam memahami perkembangan seksual, reproduktif dan sosial anak-anak serta membina komunikasi yang sihat dan selamat dalam keluarga.
Melalui modul ini, ibu bapa akan dibimbing untuk memahami perkembangan anak mengikut peringkat usia, membina komunikasi yang terbuka dan sesuai, menerapkan pendidikan privasi serta membantu anak menghadapi cabaran dunia digital dengan lebih selamat.
Program boleh dilaksanakan melalui sesi bersemuka atau dalam talian, bergantung kepada keperluan organisasi, komuniti atau kumpulan ibu bapa.
Sebuah institusi yang bertujuan memperjuangkan ancaman pornografi dalam kalangan masyarakat Malaysia secara kolektif. Fokus utama MAP adalah pencegahan, intervensi dan advokasi yang berkaitan dengan pornografi.