PERTUBUHAN MALAYSIA MEMBANTERAS PORNOGRAFI, atau lebih dikenali sebagai Malaysians Against Pornography (MAP), ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada Januari 2019. Nombor Pendaftaran PPM-012-14-22012019.
MAP memberi tumpuan kepada pendidikan dan advokasi mengenai bahaya pornografi serta kepentingan pendidikan seksual yang sesuai mengikut usia.
Sejak penubuhannya, MAP telah memperluaskan usaha advokasi kepada lebih 30,000 peserta melalui lebih 300 program yang dilaksanakan di 15 negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia.
MENINGKATKAN KESEDARAN BAHAYA PORNOGRAFI
Mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat tentang bahaya pornografi melalui pendekatan yang rahmah
MEMBINA JARINGAN INSTITUSI
Membina jaringan yang padu dengan institusi berkaitan.
SALURAN KHIDMAT PROFESIONAL
Memudahcara saluran khidmat profesional kepada individu yang terkesan untuk mendapatkan akses intervensi.
MENJADI PAKAR RUJUK
Menjadi pakar rujuk profesional bagi isu pornografi, pendidikan seksual dan reproduktif.
ADVOKASI GUBAL POLISI
Menjadi kumpulan advokasi kepada penggubalan polisi dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pornografi.
Selain daripada pembangunan modul pendidikan untuk kumpulan sasaran tertentu, MAP turut melaksanakan usaha advokasi dan pendidikan masyarakat melalui media serta kerjasama dengan pelbagai institusi dan pihak berkepentingan.
MAP juga menghasilkan kandungan pendidikan dan kesedaran berkaitan bahaya pornografi, keselamatan diri serta pendidikan seksual yang sesuai mengikut usia untuk membantu meningkatkan kefahaman masyarakat.
Melalui jaringan dan libat urus bersama organisasi berkaitan, MAP berusaha menyumbang kepada pembangunan polisi dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pornografi, selaras dengan usaha mewujudkan masyarakat Malaysia yang lebih terlindung daripada ancaman pornografi.
Sebuah institusi yang bertujuan memperjuangkan ancaman pornografi dalam kalangan masyarakat Malaysia secara kolektif. Fokus utama MAP adalah pencegahan, intervensi dan advokasi yang berkaitan dengan pornografi.
malaysiansagainstpornography@gmail.com