Sasaran kepada kanak-kanak prasekolah melalui guru dan pengendali pusat prasekolah dengan 3 modul asas:
Dilaksanakan melalui sesi Training of Teachers kepada guru-guru dan pengendali pusat pendidikan prasekolah, mereka akan dididik tentang pendekatan terbaik dalam memulakan perbincangan dan pendidikan kepada murid-murid mereka berkenaan pendidikan seksual sesuai dengan usia. Selain daripada teknik dan silibus perbincangan, setiap pusat juga akan dibekalkan dengan Kit Interaktif Kanak-kanak yang terdiri daripada variasi permainan dan poster bagi membantu sesi penyampaian modul tersebut kepada murid-murid prasekolah di bawah kendalian mereka.
Sasaran kepada kanak-kanak dan remaja berusia 7 – 15 tahun dengan 4 modul asas:
Dilaksanakan melalui sesi penyampaian bersemuka atau dalam talian terus kepada kanak-kanak berusia 7 – 12 tahun, sesi ini biasanya dilaksanakan melalui jemputan atau pendekatan proaktif kepada sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia. Penyampaian ini akan disampaikan oleh aktivis-aktivis terlatih MAP yang telah menamatkan latihan Modul Asas mereka bersama MAP. Modul ini direka bagi memulakan pendedahan awal terhadap pendidikan seksual dan reproduksi, bahaya pornografi dan isu-isu yang berkaitan sesuai dengan usia.
Sasaran kepada Ibu bapa bagi anak-anak berusia 5 – 12 tahun dengan 6 modul asas:
Dilaksanakan melalui sesi penyampaian bersemuka atau dalam talian terus kepada kanak-kanak berusia 7 – 12 tahun, sesi ini biasanya dilaksanakan melalui jemputan atau pendekatan proaktif kepada sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia. Penyampaian ini akan disampaikan oleh aktivis-aktivis terlatih MAP yang telah menamatkan latihan Modul Asas mereka bersama MAP. Modul ini direka bagi memulakan pendedahan awal terhadap pendidikan seksual dan reproduksi, bahaya pornografi dan isu-isu yang berkaitan sesuai dengan usia.
Sebuah institusi yang bertujuan memperjuangkan ancaman pornografi dalam kalangan masyarakat Malaysia secara kolektif. Fokus utama MAP adalah pencegahan, intervensi dan advokasi yang berkaitan dengan pornografi.